Proud to Be Hottest

Proud to Be Hottest

Thursday, December 31, 2009

. : .SelAmAt TinGGaL 2009. : .

Tinggal beberape jam je lg utk kite menyambut kedatangan tahun baru iaitu tahun 2010. ini bermakna, tinggal beberapa jam je lg utk kite berada pada thun 2009 sebelum ia pergi meninggalkan kite.

sedih je rs utk meninggalkan thun 2009 krn masih byk benda yg belum di capai pada tahun ini. bg aku, banyak yg berlalu sepanjang tahun ni. tahun yg ku rasekn sungguh mencabar bg aku baik dr segi family, friendship mahu pun relationship ku. namun, sumenye ku anggp sebagai satu proses utk mematangkn aku.

ape2 pun, akan ku sambut kedatangan 2010 dengan tangan dan hati yg terbuke. tak banyak yg ku harapkan dengan kehadiran tahun baru ni. yg penting, semoge tahun baru ini akan lebih memberi rezeki kepada keluargaku. utk diriku pula, aku harap aku diberikan kekuatan utk lebih tabah dlm mengharungi setiap dugaan yg ku rasakan semakin mencabar selaras dgn pertambahan usiaku. moge diriku semakin matang..hikhik..

2010..ku menantimu...

Sunday, December 27, 2009

. : .DEnGaRlaH dGn HaTi. : .

Bila aku berbicara
Bila aku berkata
Bila aku berbisik
Kau dengarlah dgn hati
Agar tiap resah didengari
Agar tiap marah dikesali
Agar tiap keluh ditemani

Dengarlah dgn hati
Walau untuk seketika
Agar yg hilang akan pulang
Agar yg ribut kembali tenang
Agar yg gelap akan terang

Dengarlah dengan hati
Walau utk sejenak
Agar tiada lagi Gundah
Agar tiada lagi resah
Agar tiada lagi lelah
Agar tiada lagi payah

walau luka makin parah
walau jiwa hampir punah
Aku xkan mengalah


P/S: hargailah org yg kamu sayangi b4 hatinye tertutup bwt mu..becoz sekeping ht tidak betah utk menanggung kelukaan yg berterusan. cube dgr dgn hati..selami perasaannye..ubati lukanye b4 terlambat kerana kamu xkn dpt berbuat ape2 sekiranye die mula meninggalkan dirimu. hargailah...

Saturday, December 26, 2009

. : .LETIH. : .

Aku letih..
~melayan kebosanan
~menunggu n menunggu
~utk selalu mengalah
~4 everythin..

Sesungguhnye aku letih....

Tuesday, December 22, 2009

. : .CinTa LaMa BiaRkan BeRlalu. : .

Source: syok.org

Cinta suatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorg itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka org yg sudah kerepot sudah tiada cinta.

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya.

Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.

Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, tersendiri amat.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah * saudari/saudara * sekarang? Apakah * saudari/saudara * juga sering teringatkanku sebagaimana saya sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorg dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.

Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.

“Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”. An-Nisa: 34.Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dngan usia yg kian bertambah.

Monday, December 21, 2009

. : .KeHiDupAN BaRu Di sEm Baru. : .

waa..dh start sem baru dh..
x puas lg duk kt rumah..
sehati berdansa pun x hbis lg tgk..huhuhu

ape2 pun..bermula la kehidupan baru sempena
sem baru nih..
harus lebih fokus..hehehe